Tebatan banjir di Kuala Lumpur

Tebatan banjir ialah tindakan mengurangkan jumlah atau isu padu air sungai di bahagian hulu sebelum sungai memasuki pusat bandar raya. Program Tebatan Banjir Lembah Sungai Klang merupakan sebahagian ikhtiar JPS mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur. Tebatan ini telah dirancang sejak Rancangan Malaysia ke-8 lagi.Punca banjir pada 10 Jun 2007 ialah kapasiti air Sungai Klang meningkat kerana air Empangan Klang Gates adalah 190 cumec (meter padu sesaat), manakala air Sungai Ampang 100 cumec.